Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan nilai sebagai
darjat, kualiti, mutu dan taraf serta sifat ketinggian pemikiran, agama,
kemasyarakatan dan lain-lain. Berdasarkan definisi tersebut kita dapat rumuskan
bahawa nilai berkait rapat antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu yang
berkualiti. Manakala budaya pula bermaksud tamadun, peradaban, bersifat budaya,
yang mengenai kebudayaan. Budaya juga merupakan suatu cara hidup yang
berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok manusia dan diwariskan
dari satu generasi ke satu generasi lain. Sesuatu perkara yang menjadi
kebiasaan dan ikutan menjadi budaya termasuklah sistem agama dan politik, adat
istiadat, bahasa, perkakasa, pakaian, dan karya seni. Jelaslah sekarang bahawa
nilai dan budaya mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang menjadi panduan
dan ikutan bagi sesebuah kelompok masyarakat.
Menurut Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd, Rahman Napiah, dan Seri Lanang
Hj. Rohani (2015), budaya daripada perkataan Sanskrit iaitu duddayah yang
merupakan perkataan jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud
budi pekerti atau akal. Secara umumnya, budaya bermaksud segala sesuatu yang
dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Dalam bahasa Inggeris pula budaya disebut
sebagai culture yang berasal daripada perkataan Latin
iaitu colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Segala
sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau
boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman
ini dikenali dalam kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinism atau
penentuan budaya. Selain itu, budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan
daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai
organik lampau.
4.5.1 Nilai
Ketabahan dalam Menghadapi Dugaan Hidup
Nilai ketabahan ini dapat dilihat menerusi watak
Siti Salina yang cekal dalam menghadapi dugaan hidup setelah ahli keluarganya
meninggal dunia akibat terkena bom semasa Perang Dunia Kedua. Berikutan dengan
itu, Siti Salina mula terjebak dengan pelacuran kerana Siti Salina mengalami
kesempitan hidup. Dalam masa yang sama, Abdul Fakar turut mengambil kesempatan
terhadapnya dengan memukul dan memarahinya. Contoh petikan adalah:
“Kenapa kau sanggup diseksa orang sampai begitu?”
Katijah bersuara sambil terbatuk-batuk dua tiga kali.
(Salina, 1961:524)
Petikan menunjukkan Katijah telah bertanya kepada Siti Salina mengenai
penyeksaan yang telah menimpa dirinya. Kita sebagai manusia biasa perlu
mempunyai sikap yang tabah dalam hidup bagi menmpuh hari yang akan datang.
Sikap yang tabah dan sanggup mengharungi cabaran yang mendatang akan menguatkan
diri kita untuk meneruskan kehidupan.
4.5.2 Mengenang
Budi
Dalam
novel Salina ini dapat dilihat nilai budaya, iaitu nilai
mengenang budi. Nilai ini ditonjolkan pada watak Sunarto yang mengenang budi
ayah angkatnya, iaitu Mutalib yang menyelamatkannya yang menghidap penyakit
demam malaria sewaktu dibawa oleh tentera Jepun ke Siam. Walaupun ayah
angkatnya telah meninggal dunia dan dirinya sering diherdik dan dihina oleh
Zarina namun dia tetap tinggal di rumah Zarina kerana ingin membalas jasa ayah
angkatnya dengan menjaga Nahidah dan Mansur dengan baik. Hal ini hasil daripada
didikan ayah angkatnya yang sering bercerita kepadanya tentang budi bahasa dan
dia masih mengingati kata-kata ayahnya, iaitu:
Sewaktu di kampungnya dahulu ayahnya sendiri sering bercerita kepadanya
tentang budi bahasa. Walaupun di masa itu tidak diketahuinya sungguh-sungguh
apa sebenarnya budi bahasa itu dalam erti yang mendalam, tetapi kata-katanya
“budi baik jangan kau lupakan sehingga bila-bila” itu tetap semarak itulah yang
menghalangnya untuk meninggalkan keluarga Zarina-keluarganya. Ya, budi baik
orang tak boleh kulupa sampai bila-bila, bisik Sunarto di dalam hatinya.
(Salina,
1961:62)
Nilai ini seharusnya ditanam dalam diri masyarakat kita hari ini untuk
menjaga hubungan silaturrahaim sesama masyarakat. Dengan adanya nilai ini dalam
diri kita, kita akan lebih dihormati dan dihargai oleh masyarakat sekeliling.
Budi baik yang diberikan kepada kita seharusnya kita hargai dengan membalasnya
dalam apa jua keadaan khusunya apabila mereka dalam kesusahan.
4.5.3 Mengambil Berat
Demi Kebaikan Orang Lain
Nilai ini dapat dilihat berdasarkan watak Katijah.
Katijah sering menasihati Siti Salina agar meninggalkan Abdul Fakar yang selama
ini menganiaya dan menyeksa Siti Salina. Katijah juga sering bertanyakan sebab
Siti Salina terlalu menyayangi Abdul Fakar sedangkan Abdul Fakar sering
mempergunakan Siti Salina, tetapi Siti Salina tidak pernah merungut dan
membiarkan sahaja dia diperlakukan begitu. Contohnya dapat dilihat pada petikan
yang berikut:
“Saya tak adil selama ini, kak,” katanya kepada Katijah.
Katijah kehairanan juga mendengar jawapan itu.
Kenapa?”
“Sebab selama ini saya tak ambil berat segala apa
kakak nasihatkan. Bukan saya tak tau apa yang kak masihatkan itu benar, tapi
entahlah, saya tak mau menerima nasihat itu sehinggalah sekarang ini. Sekarang
ini barulah saya sedar apa yang kakak nasihatkan itu ialah untuk kebaikan saya.
Dan saya akan ikut sekarang,” kata Siti Salina.
(Salina, 1961: 527)
Kita seharusnya menegur ataupun memberi nasihat kepada sesiapa sahaja
yang dirasakan melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Hal ini dapat membantu
mereka dalam memperbaiki cara hidup mereka pada hari akan datang dengan lebih
baik. Walau bagaimanapun cara untuk memberi nasihat kepada seseorang haruslah
dengan cara yang betul supaya mereka dapat menerima segala teguran kita.
Sekiranya sikap mengambil berat daripada nasihat ini dapat ditonjolkan, kita
dapat membuktikan kepada seseorang bahawa kita mempunyai nilai kasih sayang
terhadapnya.
4.5.4 Bertolak Ansur
Bertolak
ansur merupakan sikap yang sangat penting terutama dalam hidup berkeluarga dan
bermasyarakat. Sikap bertolak ansur yang terdapat dalam novel Salina boleh
dilihat pada sikap Kurupaya yang dinyatakan oleh Nahidah sebagai seorang yang
baik dan tidak menyombong serta seorang yang sangat bertolak ansur. Contoh
boleh dilihat di bawah:
“Kurupaya boleh tunggu sampai saya habis cuci?” tanya Nadihah
mengharapkan Kurupaya akan mengasihaninya. Dia tahu Kurupaya baik. Walaupun
Kurupaya membuat wang kerana menyewakan kandang-kandang kambingnya itu tetapi
dia tidak pula menyombong atau kejam seperti tuan-tuan punya rumah di kampung
lain. Kurupaya Samy lebih dapat menyelami hati dan kesusahan penyewa-penyewa
bilik rumahnya dan terkadang-kadang kalau penyewa-penyewanya lambat membayar
sewa bilik mereka- sehingga ke satu bulan – dia tidak akan memintanya pun.
(Biar pun dia sebenarnya- lebih suka kalau wang sewa rumah itu dapat
dikemukakan pada hari yang telah ditetapkan, lima belas hari bulan).
(Salina,
1961:433)
Sikap bertolak ansur
merupakan sikap yang sukar dimiliki oleh seseorang pada masa kini. Hal ini
kerana, masyarakat hari ini saling tidakmahu mengalah antara satu sama lain.
Sikap bertolak ansur seharusnya disemai dari kecik supaya menjadi insane yang
dihormati dan disayangi ramai. Dengan terpeliharanya sikap ini, hubungan sesama
manusia juga akan lebih bertambah erat kerana dapat mengelakkan daripada
berlakunya perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment