1.0 Pengenalan
Karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan
kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup dalam ingatan bersama
sesuatu bangsa. Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang dapat
meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal
dalam kesedaran dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. Unsur
mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan semestinya hadir dalam karya
seperti itu (Mohd Rashid Hj. Md Idris et al ,2014).
Hasil karya penulisan era 80-an
hinggalah tahun 90-an terdiri daripada penulis-penulis ulung seperti A.Samad
Said, Baha Zain, Shahnon Ahmad dan ramai lagi. Setiap penulis-penulis tersebut
telah menghasilkan pelbagai jenis karya seperti novel, cerpen, puisi dan
sebagainya dengan penggarapan yang begitu baik hingga menyebabkan karya yang
dihasilkan itu boleh diangkat sebagai karya agung moden. Antara penulis yang
telah menghasilkan karya agung moden ini ialah Dato’ A. Samad Said. Beliau
telah menghasilkan novel bertajuk Salina
yang begitu hebat hinggakan karyanya ini masih lagi relevan untuk dibaca
hinggalah sekarang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPd_a21_LACbwxWRdMMu7Xpr_a2dw7FP39LKwFUjKOYg06jTCZ9z_2a-qLOkUv4DJhsX3OOUsqEIVcyZhGQPQ5QI3vKpF705UAGtohcrGZIo-kL_Axs3kqFiL3XnfEeheY82yY-1k4BQs/s200/images.jpg)
Pengalaman
kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani di Hospital Umum Singapura sebelum
menjadi wartawan setelah lulus Senior Cambridge pada tahun 1956. Beliau juga
pernah menjadi pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian ,
Kumpulan The Straits Times dan ketua pengarang akhbar Warta Tebrau.
Semasa menjadi pengarang Berita Harian, beliau pernah menyertai kursus
korporat di Ashridge Management College, England. Jawatan terakhir A. Samad
Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar
The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini, A. Samad Said menjadi penulis
sepenuh masa yang aktif berkarya.
Sejak
di bangku sekolah lagi, minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau
berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negara seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca karya- karya
terkenal barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s
Folly. Novel-novel dari penulis tempatan juga turut mendapat perhatian
beliau seperti Cinta Gadis Rimba, Balik Dari Medan Perjuangan , Dayang
Fatimah, dan Rumah Itu Duniaku. Minat dan kegemaran A. Samad Said dalam
pembacaan karya-karya sastera tidak pernah luntur dan berkurangan. Penglibatan
A. Samad Said dalam bidang penulisan bermula dengan karya-karyanya yang
dihantar ke majalah remaja. Cerpennya yang pertama “ Hari Ini Hari
Gembira ” disiarkan dalam Mingguan Suasana, 8 Oktober 1954.
Bermula
detik persekolahan hingga kini, A. Samad Said tidak pernah jemu menghasilkan
puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk
mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya
besar yang dihasilkan ialah Salina ( novel ), Al-Amin ( puisi ), Hati
Muda Bulan Muda (cerpen), Lantai T Pinkie ( drama ), Antara
Bulan dan Wira ( esei ), Warkah Eropah (warkah ). Dalam bidang
penulisan, A. Samad Said juga menggunakan nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri,
Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir.
No comments:
Post a Comment