3.0 Sinopsis
Novel Salina
Novel ini berlatarbelakangkan
sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kambing. Antara penghuninya yang
tinggal di kampung ini ialah Siti Salina dan kekasihnya Abdul Fakar, Hilmy dan
ibunya, Kadijah, Zarina, seorang janda serta anak tirinya iaitu Nadihah, Mansur
dan Sunarto, anak yang dipungut oleh arwah bapa Nadihah, serta Haji Karman.
Latar tempat dalam novel ini ialah di Singapura. Tempat ini digelar Kampung
Kambing kerana penduduk di kampung ini tinggal di kandang kambing yang
disewakan oleh seorang lelaki india yang bernama Kurupaya. Salina adalah
seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja dan
sering meminta duit daripada Salina untuk pergi berjoget dan minum arak.
Abdul Fakar seorang yang
suka mabuk, gila perempuan dan suka memukul Salina. Walaupun di pukul, Salina
tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah
kekasihnya yang mati dalam peperangan iaitu Muhammad Yusuf. Salina asalnya
adalah anak orang kaya. Walau bagaimanapun, selepas berlakunya perang dan
keluarganya terkorban, dia terpaksa menjadi pelacur untuk menyara kehidupan
seharian. Hilmy, seorang remaja yang masih bersekolah sering mendapat bantuan
kewangan daripada Salina untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang sering
sakit. Bantuan ini dilakukan tanpa pengetahuan Abdul Fakar. Ibu Hilmy, Kadijah,
banyak menasihati Salina supaya menyimpan wang untuk masa depan kerana Abdul
Fakar tidak boleh diharapkan.
Kisah dalam novel ini
juga banyak menyentuh tentang Nadihah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk
menjadi pelayan tanpa kemahuannya. Ini disebabkan Sunarto gagal memberikan wang
perbelanjaan yang cukup kepada Zarina. Walaupun Sunarto sering dihalau di
hadapan penduduk kampung berkali-kali, Sunarto enggan keluar daripada rumah
kerana dia tidak mahu meninggalkan Nadihah yang sering di usik oleh Abdul
Fakar. Abdul Fakar pernah membuat perkara sumbang terhadap Nadihah. Namun,
Salina tidak mengetahuinya, begitu juga dengan Zarina, ibu tiri Nadihah. Hilmy
kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah semasa dia mengikuti kursus latihan
tentera. Mereka jatuh cinta apabila sering berbalas surat. Hilmy meminta
Nadihah membacakan surat untuk ibunya kerana ibu Hilmy buta huruf.
Persahabatan antara
Nadihah dan Hilmy tidak di ketahui oleh sesiapa. Dalam masa yang sama, Abdul
Fakar sering mengapi-apikan Zarina supaya menghalau Sunarto keluar rumah.
Dengan itu, dia lebih mudah merapati Nadihah. Sunarto ialah satu-satunya batu
penghalang kepada niat buruk Abdul Fakar terhadap Nadihah. Zarina yang termakan
fitnah Abdul Fakar sering menghalau Sunarto dan Mansur. Zarina menghalau
Mansor, abang Nadihah kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan walaupun
puas mencari. Akhirnya, Mansur lari dan memasuki tentera. Tinggallah Nadihah.
Satu malam, Nadihah telah di culik oleh Abdul Fakar atas arahan Cik Salim,
seorang lelaki yang gilakan Nadihah. Sebelum ini Nadihah telah banyak kali
menolak permintaan Cik Salam untuk duduk di pangkuannya dan melayan dia.
Nadihah mabuk pada suatu
hari dan telah di nodai. Dia lari meninggalkan Singapura dan tidak berapa lama
kemudian berkahwin dengan seorang buruh. Hilmy sedih kerana kehilangan Nadihah.
Salina pula melarikan diri ke Kelantan untuk melupakan Abdul Fakar kerana Abdul
Fakar telah menghalaunya keluar dari rumah sedangkan rumah itu adalah rumah
Salina. Abdul Fakar gilakan seorang perempuan joget. Ibu Hilmy meninggal dunia
akibat sakit. Hilmy pula tidak menyambung pelajaran kerana ketiadaan wang .
Tidak lama kemudian, Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi
diberitahu oleh Mansur yang Salina sudah pulang ke Singapura. Abdul Fakar
belayar kembali kerana dia gagal mencari Salina. Dia baru mengetahui bahawa
Salina betul-betul sayangkan dia setelah di tipu oleh perempuan joget. Hilmy
kembali ke Singapura untuk bertemu Salina.
No comments:
Post a Comment