Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081) mendefinisikan nilai sebagai darjat,
kualiti, mutu dan taraf serta sifat ketinggian pemikiran, agama, kemasyarakatan
dan lain-lain. Berdasarkan definisi tersebut kita dapat rumuskan bahawa nilai
berkait rapat antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
Manakala budaya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 212) pula bermaksud
tamadun, peradaban, bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan. Budaya juga
merupakan suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah
kelompok manusia dan diwariskan dari satu generasi ke satu generasi lain.
Sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan dan ikutan menjadi budaya termasuklah
sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakasa, pakaian, dan karya
seni. Jelaslah sekarang bahawa nilai dan budaya mempunyai perkaitan antara satu
sama lain yang menjadi panduan dan ikutan bagi sesebuah kelompok masyarakat.
2.5.1 Nilai Kasih Sayang
Nilai
kasih sayang merupakan aspek yang paling penting membina diri seseorang insan. Sifat
kasih sayang sudah menjadi fitrah dalam kehidupan seseorang dan dipandang mulia
oleh masyarakat sekeliling. Hidup akan terasa indah apabila selalu memberi
kasih sayang dan saling menyanyangi antara satu sama lain tanpa melihat
perbezaan dari segi kedudukan dan pangkat. Kasih sayang mempunyai kaitan antara
manusia dengan Tuhan, manusia, alam dan makhluk yang ada di alam ini. Sifat
kasih sayang ini telah ditonjolkan oleh pengarang di dalam Hikayat Raja Pasai
yang akan memberi kesan positif kepada pembaca. Petikan daripada hikayat ini
adalah seperti berikut:
“...“…maka
hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka keluar seorang kanak-kanak
perempuan terlalu baik parasnya; maka dibuangkannyalah gedubangnya, lalu segera
diambilnya kanak-kanak itu, [di]dukungnya lalu dibawanya pulang ke rumahnya.
Serta dilihat oleh isteri baginda Raja Muhammad mendukung kanak-kanak itu, maka
segeralah didapatkan oleh isteri baginda lalu disambut.”
(Hikayat Raja Pasai 2004: 1)
Petikan tersebut menunjukkan kisah Raja Muhammad yang
terjumpa dengan seorang bayi perempuan di dalam rebung buluh betung. Oleh sebab
perasaan kasih sayang Raja Muhammad kepada bayi perempuan tersebut, lalu
dibawanya bayi perempuan tersebut balik ke rumah. Jadi kita dapat lihat nilai
baik yang cuba ditonjolkan oleh Raja Muhammad melalui kisah yang dipaparkan di
dalam hikayat tersebut. Kisah tersebut boleh dijadikan teladan kepada pembaca
terutamanya golongan pelajar untuk diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.
2.5.2 Hormat Menghormati
Hormat menghormati sememangnya perlu wujud di
dalam diri seseorang terutamanya dalam kalangan pelajar. Melalui sifat tersebut
dapat melahirkan seseorang pelajar yang mempunyai personaliti yang positif.
Sifat hormat menghormati ini sebenarnya telah lama wujud dalam masyarakat kita
dan sangat dititikberatkan oleh orang-orang tua terdahulu. Mereka sangat tidak
menyukai sekiranya orang yang lebih muda berkelakuan kurang adab kepada orang
yang lebih tua kerana mereka menganggap tidak hormat kepada orang tua. Oleh
itu, nilai hormat menghormati ini seharusnya wujud dalam diri seseorang supaya
kita sedar akan kepentingan adab sebagai manusia yang berbangsa Melayu. Nilai
hormat menghormati ini telah diketengahkan oelh pengarang di dalam Hikayat Raja
Pasai. Petikan daripada hikayat tersebut adalah seperti berikut:
“Setelah
baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka adinda pun memberi
hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk. Maka baginda pun duduk duduklah
dua laki isteri dan adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.”
(Hikayat Raja Pasai 2004:2)
Petikan tersebut
menunjukkan adinda iaitu Raja Muhammad dan kekanda iaitu Raja Ahmad. Mereka
adalah raja kepada kerajaan masaing-masing dan kedudukannya juga adalah setara.
Namun, nilai hormat yang ada dalam diri Raja Muhammad kepada abangnya iaitu
Raja Ahmad membuatkan Raja Muhammad memberi hormat kepada Raja Ahmad.
Berdasarkan kisah tersebut, dapat menunnjukkan bahawa budaya hormat menghormati
menjadi pegangan masyarakat di alam Melayu dan dapat mengingatykan kepada
pembaca terutamanya pelajar untuk bersikap hormat-menghormati kepada sahaja
yang berada dalam kalangan mereka.
2.5.3 Nilai
Keagamaan Yang Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian
Setiap masyarakat
mempunyai pegangan agama masing-masing dan bebas untuk melakukan sesuatu
perkara selagi tidak bercanggah dengan agama. Jika kita lihat pegangan yang
dekat dengan kita sebagai orang Melayu adalah agama Islam. Pegangan agama yang
kuat sedikit sebanyak mampu menghindarkan diri kita daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak baik. Nilai keagamaan ini juga telah diselitkan di
dalam Hikayat Raja Pasai dan jelas menunjukkan bahawa agama Islam telah lama
wujud dalam masyarakat Melayu. Petikan tersebut menunjukkan budaya keagamaan
yang telah diketengahkan dalam hikayat ini.
…” Maka pada keesokan harinya
fakir itu membawa Quran tiga puluh juz itu kepada Sultam Malikul Saleh; maka
ditunjukkan oleh fakir itu Quran kepada Sultan Malikul Saleh; maka disambutnya
dengan/ takzim lalu dikunjungnya * serta dibukanya lalu dibacanya, tiadalah ia
minta ajari lagi, tahulah ia membaca dia sendirinya; maka fakir dan syekh
Ismail pun keduanya mengucap, ‘Al-hamduli’lllahi Rabbi’l-alamin.”…
(Hikayat
Raja Pasai, 2004:13)
Petikan tersebut
menunjukkan bahawa Sulatan Malikul Saleh telah membaca tiga puluh juzuk
al-Quran. Hal ini menunjukkan bahawa, masyarakat pada ketika pada zaman dahulu
telah berpegang kepaga al-Quran. Keadaan Sultan Malikul Saleh yang mampu
membaca tiga puluh juzuz al-Quran menunjukkan bahawa raja yang memerintah
sesuatu negara semestinya perlu menguasai agama agar pemerintahanya dapat
berjalan dengan aman dan makmur.
2.5.4 Budaya
Dalam Adat Meminang
Meminang merupakan
satu adat turun temurun bagi masyarakat Melayu. Adat meminang ini merupakan
tanda ikatan sementara antara lelaki dan perempuan sebelum mereka
diijabkabulkan. Adat ini telah diketengahkah oleh pengarang di dalam Hikayat
Raja Pasai. Petikan di bawah telah menceritakan budaya adat meminang bagi
masyarakat tersebut.
…“Maka berdatang sembah menteri
itu, ‘Ya tuanku Syah Alam, akan hal patik ini dititahkan paduka anakda Sulatan
Smudera Malikul Saleh raja di negeri Samudera Darulsalam hendak menjunjung Duli
Syah Alam. ‘Maka dipersembahkan segala kelengkapan dan segala perhiasan yang
dibawanya itu dan dipersembahkan segala kata yang baik-baik lagi sempurna
daripada yang memberi nasihat pada bersihkan muka segala manusia dan
menerangkan segala hati keretan akan pekarjaan meminang Taun Puteri itu”…
(Hikayat Raja Pasai 2004: 15)
Petikan di atas
menunjukkan adat ketika hendak melakukan peminangan. Perilaku tersebut telah
ditunjukkan oleh menteri yang telah diutus khas oleh Sultan Malikul Saleh untuk
meminang Tuan Puteri bagi negeri Perlak yang digambarkan penuh dengan adat
santun dan berbahasa dalam menyampaikan hajat yang diutuskan oleh Sultan.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa budaya adat meminang telah menjadi
pegangan masyarakat dalam hikayat ini. Pegangan adat meminang ini telah menjadi
pegangan bagi masyarakat hingga ke hari ini.
2.5.5 Budaya
Dalam Pemilihan Raja
Raja berada pada
kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Selain itu, raja juga bertindak sebagai ketua kerajaan dan mempunyai kuasa yang
mutlak dan tidak boleh dipersoal oleh rakyat. Kedudukan raja dalam sistem
pemerintahan telah dibuat melalui pemilihan. Budaya dalam pemilihan raja untuk
sesuatu negeri telah banyak diceritakan di dalam Hikayat Raja Pasai. Pemilihan
ini dilakukan untuk menggantikan pemerintahan yang sedia ada. Petikan di bawah
merupakan antara bukti yang yang jelas yang menggambarkan budaya pemilihan yang
diceritakan dalam pemilihan raja bagi sesuatu kawasan itu.
…Maka baginda pun mengimpunkan
segala menteri hulubalang dan segala orang besar-besar dalam negeri itu dan
segala rakyat kecila akan mentabalkan Sultan Malikul Mansur; maka berhimpunlah
sekalian mereka itu menghadap sultan: maka titah Sultan, ‘Hai segala kamu
sekalian menteri dan hulubalangku dan segala rakyat bala tenteraku, bahawa aku
hendak merajakan Sultan Malikul Mansur ini karna aku hampirlah rasanya akan
meninggalkan negeri yang fana ini kembali ke negeri yang baka itu…
(Hikayat
Raja Pasai 2004: 20)
Berdasarkan petikan di
atas, jelas menceritakan tentang adat yang dilakukan dalam sesebuah negeri yang
ingin membuat pemilihan atau mentabalkan sultan baru yang akan memerintah
sesuatu negeri. Di dalam teks di atas juga menunjukkan pemilihan Sultan adalah
berdasarkan keputusan Sultan yang sedia ada iaitu Sultan Malikul Saleh. Sultan
akan bertindak dalam memilih penggantinya yang terdiri daripada kaum kerabatnya
sendiri iaitu Sultan Malikul Saleh. Jadi jelaslah sekarang bahawa budaya
pemilihan raja dalam sistem pemerintahan telah dilakukan oleh raja yang sedia
ada sebelum perlantikan raja baru. Pemilihan raja sebagai ketua kerajaan telah
digunakan sehingga ke hari ini oleh negara kita.
No comments:
Post a Comment